Terms & Conditions
Terma Dan Syarat
Selamat datang ke stickerlabel.com.my. Dengan menggunakan laman web ini dan membuat tempahan bersama kami, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat seperti berikut:
1. Bayaran
- Tempahan online dengan penghantaran: Bayaran penuh (100%) perlu dilakukan sebelum tempahan diproses.
- Tempahan online, ambil di kedai: Deposit sebanyak 60% diperlukan semasa pengesahan. Baki dibayar semasa pengambilan.
- Kami menerima bayaran melalui pemindahan bank (online transfer), tunai atau cek.
2. Proses Tempahan
Proses tempahan hanya akan dimulakan setelah bayaran diterima dan artwork disahkan oleh pelanggan.
3. Proses Percetakan
Cetak mengambil masa 2–5 hari bekerja bergantung kepada kuantiti, material dan kemasan. Proses hanya bermula selepas bayaran dan pengesahan artwork diterima.
4. Pengesahan Reka Bentuk (Artwork Approval)
- Pelanggan perlu mengesahkan reka bentuk sebelum cetakan.
- Kami tidak bertanggungjawab atas kesalahan ejaan, warna atau susun atur jika telah disahkan.
- Tiada pengesahan selepas 3 hari dianggap sebagai diluluskan.
5. Perbezaan Warna Cetakan
Warna cetakan mungkin sedikit berbeza berbanding paparan skrin. Ini adalah perkara biasa dalam industri percetakan.
6. Polisi Pemulangan
Jika terdapat kerosakan akibat kecuaian kami, produk akan diganti. Rujuk polisi pemulangan di halaman ini.
7. Penghantaran
- Penghantaran percuma untuk 1000 keping ke atas ke Semenanjung Malaysia.
- Tempahan di bawah 1000 keping akan dikenakan caj penghantaran.
- Sabah dan Sarawak dikenakan caj tambahan.
- Penghantaran dibuat oleh syarikat kurier yang dilantik kami.
8. Kerosakan Semasa Penghantaran
Kami bantu tuntutan kepada kurier jika berlaku kerosakan semasa penghantaran. Pelanggan digalakkan merakam proses unboxing sebagai bukti.
9. Kuantiti Minimum & Toleransi
Kuantiti tempahan mungkin tertakluk kepada minimum tertentu. Perbezaan ±5% dalam jumlah akhir adalah biasa dalam proses cetakan.
10. Hak Untuk Menolak Tempahan
Kami berhak menolak tempahan yang mengandungi elemen lucah, kebencian, politik atau bertentangan dengan undang-undang Malaysia.
11. Privasi Pelanggan
Dengan membuat tempahan, anda bersetuju dengan Dasar Privasi kami.
12. Penafian
Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian ketika anda melayari laman ini. Segala maklumat di laman ini boleh berubah tanpa notis awal.
13. Hak Cipta
Semua kandungan laman ini adalah milik stickerlabel.com.my dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis.
14. Pindaan Terma
Kami berhak untuk mengubah terma ini dari semasa ke semasa. Pelanggan digalakkan menyemak halaman ini secara berkala.