Sticker SERVIS KERETA
Menerima Tempahan Printing Sticker Servis Kereta & Kenderaan. Material Static Cling Window Yang Sesuai Ditampal Pada Permukaan Cermin Kereta. Tempah Sekarang!
Order 1000 Keping Free Delivery ke Semenanjung
Sticker Servis Kereta Custom Printing
Adakah anda sedang mencari sticker servis kereta yang kelihatan profesional dan mudah digunakan untuk pelanggan yang datang ke pusat servis kenderaan anda?
Kami menyediakan cetak custom sticker service kereta yang sesuai untuk bengkel, pusat servis, dan pemilik kenderaan yang mementingkan pengurusan servis berkala seperti tukar minyak enjin dan minyak gear.
Apa Itu Sticker Servis Kereta?
Sticker servis kereta ialah pelekat khas yang biasanya ditampal pada cermin depan kereta, sama ada di bahagian atas atau tepi cermin depan kenderaan. Fungsinya adalah untuk memberikan maklumat penting seperti jarak mileage semasa, tarikh atau kilometer bila minyak enjin perlu ditukar, serta peringatan untuk servis berkala yang seterusnya.
Sticker ini bukan sahaja membantu pemilik kereta ingat bila perlu melakukan penyelenggaraan, tetapi juga memudahkan bengkel atau mekanik memantau rekod servis. Selain maklumat servis, sticker ini selalunya turut memaparkan logo bengkel, pusat servis, atau jenama produk minyak pelincir yang digunakan, menjadikannya juga sebagai salah satu bentuk penjenamaan.
Dengan adanya sticker ini, pemilik kereta boleh memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik dan mengelakkan kerosakan akibat kelewatan servis.
Kelebihan Sticker Servis Kereta untuk Pusat Servis Kenderaan Anda
Sticker servis kereta bukan sahaja berfungsi sebagai pengingat tarikh servis berikutnya kepada pelanggan, tetapi juga merupakan alat pengiklanan yang berkesan untuk pusat servis kenderaan anda. Berikut adalah beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh sticker servis kereta:
Boleh tambah logo dan maklumat lain
Anda boleh letak nama pusat servis kenderaan anda di atas sticker, memberi identiti yang unik dan menaikkan branding pusat servis kereta anda.
Pilihan Print Depan Belakang Sticker
Sticker ini boleh print dengan pelbagai pilihan printing seperti print untuk “Lihat Dari Dalam” atau print “Lihat Luar Dalam”, untuk kesesuaian pilihan anda.
Meningkatkan penjagaan kenderaan
Dengan tarikh servis berikutnya yang boleh ditulis, pelanggan anda akan lebih peka terhadap penjagaan berkala kenderaan mereka. Ini menjadikan sticker ini bukan sekadar pengingat, tetapi juga rujukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan servis.
Material berkualiti tinggi
Sticker ini diperbuat daripada bahan Static Cling Window yang berkualiti tinggi. Ia mudah dipasang dan ditanggalkan tanpa meninggalkan kesan gam pada cermin kereta.
Spesifikasi Produk Sticker Servis Kereta
- Material: Static Cling Window Sticker
- Arah Cetakan:
- Face In View (lekat dari dalam, baca dari dalam)
- Both Side View (lekat dari dalam boleh dibaca dari dalam dan luar cermin)
- Cetakan Warna: Full Colour + White Base
- Saiz Standard: 54mm x 90mm (saiz besar kad nama – sesuai untuk info mileage & servis)
- Kuantiti Minimum: 100 keping
- Penghantaran: Disediakan ke seluruh Malaysia
Senarai Harga Sticker Servis Kereta
Harga – Face Out View
| Kuantiti | Harga | Harga Seunit |
|---|---|---|
| 100 pcs | RM80.00 | RM0.80/pcs |
| 500 pcs | RM180.00 | RM0.36/pcs |
| 1000 pcs | RM290.00 | RM0.29/pcs |
| 5000 pcs | RM1100.00 | RM0.22/pcs |
Harga – Both Side View
| Kuantiti | Harga | Harga Seunit |
|---|---|---|
| 100 pcs | RM100.00 | RM1.00/pcs |
| 500 pcs | RM250.00 | RM0.50/pcs |
| 1000 pcs | RM390.00 | RM0.39/pcs |
| 5000 pcs | RM1500.00 | RM0.30/pcs |
Kenapa Pilih Sticker Printing Servis Kereta Dengan Kami?
- Design Custom
Memberikan penampilan yang kemas dan meyakinkan untuk pusat servis anda. - Kualiti Cetakan Tinggi
Warna terang, teks yang jelas dan tahan lama – sesuai untuk penggunaan jangka panjang. - Mudah Digunakan
Lekat dan tanggal dengan mudah tanpa meninggalkan kesan pada cermin. - Serbaguna untuk Semua Jenis Bengkel
Sesuai digunakan oleh bengkel kecil hingga pusat servis berskala besar.
Tempah Sticker Servis Kenderaan Sekarang! – Hantar ke Seluruh Malaysia!
Kami menerima tempahan dari seluruh negara. Sama ada anda di Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Sarawak atau mana-mana lokasi dalam Malaysia – kami sedia uruskan penghantaran terus ke pintu anda.
Tempah sticker mileage oil change custom hari ini dan pastikan setiap pelanggan anda kekal konsisten dalam penjagaan kenderaan mereka.
- Sticker Servis Kereta
- Sticker Servis Aircond
- Sticker Produk Sejuk Beku
- Sticker Produk Kecantikan
- Sticker Produk Kering