Sticker Kerepek Pisang

Tempah sticker kerepek pisang tanduk custom print pelbagai pilihan size untuk membantu usahawan dan peniaga melabelkan produk  dengan lebih menarik dan profesional.

Order 1000 keping Free Delivery Ke Semenanjung Malaysia

Sticker Kerepek Pisang
Sticker Kerepek Pisang tanduk

Sticker kerepek pisang ialah pelekat kecil yang biasanya ditampal pada plastik, bungkusan  atau balang kerepek pisang. Tujuan utamanya ialah untuk berkongsi maklumat penting dengan pelanggan. 

Antara maklumat yang selalu ada termasuklah nama produk (contoh: Kerepek Pisang Tanduk), nama pengeluar atau jenama, berat bersih, tarikh luput, bahan-bahan yang digunakan, dan kalau ada, status halal.

Selain bagi info, sticker ini juga buat bungkusan nampak lebih kemas dan menarik perhatian pelanggan yang nak membeli di pasar raya ataupun gerai kecil. Sticker yang ringkas tapi jelas sebenarnya boleh jadi penarik utama untuk buat orang lebih yakin membeli. Kalau anda ada produk kerepek sendiri, jangan lupa sediakan sticker.

Maklumat Pada Sticker Kerepek Pisang di Pasar Raya atau Kedai Besar

  • Nama produk (contoh: Kerepek Pisang Tanduk)
  • Nama pengeluar atau jenama
  • Berat bersih
  • Tarikh luput
  • Bahan-bahan atau ramuan
  • Maklumat nutrisi
  • Status halal (kalau ada)
  • Nombor telefon pengeluar (untuk pelanggan hubungi atau beri maklum balas)

Maklumat Pada Sticker Kerepek Pisang Jualan Kecil-kecilan

  • Nama produk
  • Nama pengeluar atau penjual
  • Nombor telefon (untuk pelanggan buat tempahan semula)

Walaupun nampak kecil, sticker ini sebenarnya sangat penting. Selain memberi maklumat kepada pelanggan, ia juga membuat produk nampak

Kelebihan Sticker Sebagai Label Produk

1. Mengenalkan Jenama

Sticker membantu pelanggan kenal siapa pengeluar kerepek itu. Lama-kelamaan, pelanggan boleh mula percaya dan setia pada jenama anda.

2. Menarik Perhatian Pelanggan

Reka bentuk sticker yang cantik, kemas, dan berwarna-warni boleh buat produk lebih menyerlah di rak jualan atau gerai. Ini penting supaya pelanggan tertarik nak tengok dan beli.

3. Memberi Maklumat Penting

Sticker memudahkan pelanggan tahu maklumat seperti jenis kerepek, bahan-bahan, dan tarikh luput. Jadi mereka boleh buat pilihan dengan lebih yakin.

4. Meningkatkan Kepercayaan

Bila produk ada label lengkap dan jelas, pelanggan akan rasa lebih yakin dengan kualiti dan keselamatan produk itu.

5. Mematuhi Peraturan Jualan

Di sesetengah tempat, terutama pasar raya, label produk adalah wajib untuk ikut peraturan keselamatan makanan. Sticker membantu anda patuh pada syarat ini.

6. Membantu Pemasaran

Sticker bukan sekadar label, anda boleh tambah alamat atau no telefon untuk buat pelanggan lebih mudah mengenali dan membuat tempahan dengan anda.

Design Sticker

Design sticker kerepek pisang biasanya simple dan mudah untuk dilihat. Biasanya warna latar adalah kuning, sebab warna ni nampak ceria dan sesuai dengan warna kerepek pisang.

Dalam sticker tu, selalu ada gambar kerepek pisang yang nampak menyelerakan, sekali dengan logo jenama supaya senang pelanggan kenal produk tu. Design sticker boleh ubah maklumat anda dengan percuma.

Berikut Contoh Design Sticker 

Size Sticker

Saiz sticker biasanya bergantung pada saiz bungkusan atau packaging produk anda. Untuk produk kecil atau simple, sticker selalunya bermula dari saiz 5 cm — sama ada bentuk petak atau bulat.

Kalau sticker tu perlu muatkan maklumat lebih lengkap seperti maklumat pemakanan, saiz petak yang biasa digunakan ialah lebih kurang 6 cm tinggi × 11 cm lebar. Apa pun, semuanya boleh disesuaikan mengikut keperluan dan reka bentuk produk anda.

Jenis Kegunaan Bentuk Saiz Cadangan Catatan
Sticker ringkas (nama produk + jenama) Bulat / Petak 5 cm × 5 cm Sesuai untuk produk kecil, jualan pasar malam atau gerai kecil.
Sticker dengan maklumat pemakanan Petak 6 cm × 11 cm Sesuai untuk pasar raya atau kedai besar.
Sticker untuk bungkusan besar (pack bundle) Petak 10 cm × 15 cm Untuk produk bundle atau kotak besar.

Material Sticker Yang Sesuai

Material sticker yang sesuai untuk bungkusan kerepek pisang biasanya ialah mirrorkote sticker, sebab produk ini kategori makanan kering dan tidak terdedah kepada air.

Kalau nak nampak lebih premium, kami juga ada pilihan finishing seperti matt lamination atau gloss lamination.

Tapi perlu diingat, jika anda perlukan sticker yang boleh ditulis guna pen (contohnya untuk tulis tarikh atau tick kategori jenis pisang contohnya, finishing dengan lamination mungkin kurang sesuai kerana permukaannya tidak sesuai untuk ditulis.

Harga Sticker Kerepek pisang

Harga sticker bergantung pada size dan kuantiti. Berikut senarai harga sticker size 5cm petak atau bulat untuk 1 design. Material mirrokote tanpa finishing. Untuk harga lain-lain size, sila hubungi kami

KuantitiHarga (RM)Harga Seunit
100 pcsRM30RM0.30/pcs
500 pcsRM80RM0.16/pcs
1000 pcsRM140RM0.14/pcs
5000 pcsRM500RM0.10/pcs
10,000 pcsRM700RM0.07/pcs
100,000 pcsRM5000RM0.05/pcs

Tempah Sticker Sekarang!

Nak sticker cantik & kemas untuk produk kerepek anda? Kami sedia membantu! 💛

  • Custom saiz & kuantiti – ikut keperluan anda, dari kecil-kecilan hingga tempahan besar.
  • Design? Tak ada masalah! Anda boleh pilih dari katalog design kami ATAU hantar design sendiri (format Adobe Illustrator atau Canva PDF).
  • Harga mesra poket dengan hasil cetakan berkualiti tinggi.

💬 Klik saja di sini untuk WhatsApp kami: whatsapp

👉 Jangan tunggu lama, tempah sekarang & buat produk anda lebih menonjol di rak jualan!

Sticker Printing

Mirrorcote Sticker

cloud computing

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nulla in leo interdum odio varius eleifend. Praesent.
Click Here

White PP Sticker

software architect

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Nulla in leo interdum odio varius eleifend. Praesent
Click Here